Total Pageviews

Saturday, February 8, 2014

GURU TERLAMPAU KUAT NAFSU… MENYOKONG PEMBANGKANG


Ramai  guru tidak menyokong kerajaan  khasnya dalam pru 13 yang lalu.  Andai 10 daripada 80 atau 12.5%  yang menyokong kerajaan  diambil kira,  kita pastinya berasa takut dengan senario itu. Ditambah dengan pensyarah-pensyarah IPGM, Kolej, Pusat Martikulasi, Universiti dan segala pusat pendidikan lain. Apatah lagi dengan guru berbangsa cina  dari SJKC yang digusari  umum tidak menyebelahi kerajaan. Pada masa ini seramai  kira-kira 30,000 guru-guru SJKC dilebih 1000 SJKC di seluruh Malaysia. Ini tidak termasuk guru-guru berbangsa cina di sekolah menengah  dan sekolah persendirian lain. Harapnya bilangan guru yang seramai  418, 166  tidak  majoritinya yang berpandangan begitu.
Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia dan mempunyai  bilangan kakitangan kerajaan  yang bermajoritinya melayu sepatutnya menjadi asset BN paling ampuh dan kuat mempertahan  kerajaan sedia ada. Mereka bukan setakat kakitangan tapi adalah  otak, kepala, mata, telinga, badan, tangan, dan  kaki kerajaan. Mereka adalah “pemakan gaji” yang dibayar oleh kerajaan  Barisan Nasional yang bertindak sebagai bapa dan pemberi rezeki. Mereka adalah penyumbang kepada kesejahteraan  rakyat Malaysia dan  pencetus  ekonomi  domestik Negara tercinta ini. Mereka juga adalah  pelaksana dasar bagi memastikan kerajaan sedia ada sentiasa relevan, adil, sejahtera, harmoni dan berperpaduan.
Sebagai  seorang  kakitangan  kerajaan sepatutnya mereka mesti sentiasa berusaha untuk memastikan dokongan  ini  akan menjadi pewaris   ketuanan melayu. Ketuanan melayu yang bertunjangkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ini perlu dipertahan walau apa cara sekalipun.  Membiarkan tumbangnya  ketuanan ini bermakna menghancurkan  agama, bangsa dan melayu itu sendiri.
Kakitangan  yang mahukan perkara ini berlaku  menunjukkan mereka adalah penderhaka dan perosak agama, bangsa dan Negara. Kakitangan ini sepatutnya perlu bermuhasabah  diri. Kenapa dan mengapa  kerajaan sedia ada yang menjadi sumber rezekinya perlu ditentang? Adakah kerajaan ini  zalim, menindas, tidak adil,  menyusahkan rakyat,  menipu, dan  tidak sesuai dengan zaman ini. Kerajaan BN masa kini sentiasa berusaha hari demi hari memperbaiki diri.  Dari prsarana negara, penstrukturan ekonomi negara, pengurusan pentadbiran negara, penerapan nilai-nilai islam, penerapan nilai murni,  dan segala perubahan, pembahruan serta pelbagai anjakan paradigma  telah dilakukan dan dibuat. Apa lagi yang tidak dibuat kerajaan yang  menjadikan kakitangan ini menjadi penderhaka. Tiada rasa bersyukurkah mereka dengan limpahan rezeki selama ini? Tiada rasa terima kasihkah mereka dengan pelbagai tranfomasi perkhidmatan ini? Tiada rasa bertuahkah mereka ini dengan segala kenikmatan yang ditaburi?
Mengikut Warta Kerjaan Jilid 46,  Nombor 13 bertarikh 20 Jun 2002 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam  ( Kelakuan dan Tatatertib ) ( Pindaan ) 2002 seseorang kakitangan kerajaan mestilah sentiasa patuh kepada peraturan ini. Kewajipan mematuhi peraturan ini hendaklah sentiasa diikuti dan pelanggaran  pematuhan peraturan ini boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib. Dalam bahagian 2 perihal Tatakelakuan  pegawai,  pegawai kerajaan hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan kerajaan. Adalah jelas di sini kakitangan kerajaan secara suka atau tidak suka mesti sentiasa patuh dan akur dengan kerajaan yang memerintah masa kini dimana terjalannya peraturan ini.
Pelaksanaan Surat Akujanji yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2002, sepatutnya menjadi sempadan kepada  pengkhianatan ini. Sudah begitu maklum dan jelas tentang perkara yang dinyatakan yang  menekankan  setiap kakitangan tanpa mengira pangkat dan jawatan, perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling dan peraturan serta arahan lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Semua  kakitangan  awam wajib menandatangani Surat Akujanji  ini dan sepatutnya mereka telah faham tentang isi kandungan dan maksudnya.  Walaupun itu hanyalah sehelai kertas yang tidak nampak bernilai tapi yakin dan percayalah ianya ia adalah sebuah janji kita yang  telah sah dan wajib kita tepati dan tidak boleh dimungkiri.
Bilangan penjawat awam seramai 1 420 000 juta dimana 80% daripadanya orang melayu sepatutnya memanfaatkan kelebihan ini dengan memenangkan sebanyak mungkin Kerusi Parlimen dan Kerus Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional.  Pengerak dasar  kerajaan dan pelaksana ini dapat memberi impak besar kepada politik tanahair.  Jika golongan ini tidak  bergerak seiring dengan agenda kerajaan barisan nsional, lambat laun ketuanan melayu ini akan ditadbir oleh cina DAP.  Percayalah bilangan  1 136 000 orang  ini akan dikurangkan dan keistimewaan melayu akan dihakis sedikit demi sedikit. Percayalah cina DAP tidak akan memberi kita sedikit pun ruang untuk bertolak ansur, ruang untuk bekerjasama dan ruang untuk  kita berkuasa semula.

Pak menteri khasnya menteri pelajaran perlu melihat keadaan ini secara serius.  Ini kerana dengan pendidkan ini sahajalah warga kita boleh dididik, dibentuk, dicanai, dan dipandu arah tujunya. Penglibatan guru menjadi pengkhianat perlu dibendung dan dibenteras segara.  Pelajar  sekolah menengah telah dipasak dengan ilmu menyongsang. Pelajar kolej dan university terus dibohongi  cerita fitnah pembangkang. Seterusnya generasi masa kini  akan diperdaya dengan dakyah palsu dengan jalanan menjadi tempat demontrasi. Apakah tidak ada kuasa untuk Pak Menteri menjalankan kuasanya untuk tidak membiarkan perkara ini menjadi parah.   Percayalah kakitangan atau guru ini sentiasa tidak komited, sentiasa menentang arus, sentiasa berhasutan, sentiasa berpeseteruan dan akan sentiasa memberi masalah kepada organisasi dan sekolah. 

No comments:

Post a Comment