Total Pageviews

Friday, December 26, 2014

BANJIR... BANJIR... BANJIR...

                                        Menyelamatkan diri dengan lari ke atas bukit

Hanya  kesian ajela yg  aku boleh katakan. Nak tolong macam mana. Aku ada di Johor, nak tolong di Kelantan, Terengganu,  Pahang dan lain2 tempat. Hanya  sumbangan ajelah yang aku boleh beri. Hanya doa ajelah yang mampu  aku tadahakna pada yang maha kuasa agar  bencana ni tak berterusan dan mendatanglagkan lagi banyak kerosakan, kemusnahan dan kematian. Bagi yang menempoh dugaan ini... harapnya kesabaran, dan ketabahan sahajalah yang diharap  kerana  dengannya sahaja keimanan yang sedia ada akan meyakinkan kita dengan qada dan qadar ini.

Agensi kerajaan yang bertungkus lumus  membantu agaknya teruk juga. Ya lah.. terpaksa meninggalkan bini cantik/laki  yang  gagah perkasa di  rumah. Juga membiarkan anak comel di jaga bibik atau mak mentua di kuarters atau di rumah. Orang gomen ni juga terpaksa melupakan niat  bercuti membawa anak makan angin, terpaksa  melupakan niat balik ke kampung menjenguk orang tua atau setidak-tidaknya menghabiskan cuti rehat dihujung tahuan begini. Pengorbanan  petugas-petugas ini nampaknya sangat  besar baktinya demi keselamatan dan kemanusian. 

Ditengok dalam televisyen kesian betul mangsa banjir ni. Bersesak-sesak dalam dewan  orang ramai,  dalam dewan besar sekolah, dalam bilik kelas, dalam balai raya,  dalam kenderaan, dalam khemah sementara dan ada yang di bumbung menunggu penyelamat tiba. Bayangkanlah kalau kita yang menempohinya. Selalu semua urusan harian dibuat dalam rumah,....  ari ni terpaksa dikongsi sama-sama, urusan perbadi dibuat secara yang sulit, ari ni terpaksa dikongsi tandasnya.... Hoi yo... dua  tiga kali sakitnnya .  Mana aman dan tenteram sembahyangnya, mana tenangnya suasana, mana hiburan keroncoingnya, mana goreng pisang panasnya, mana teh tarik kegemarannya dan macam2 lagi.... Banyak seksanya... berat mata yang memandang , berat lagi orang yang mengalaminya...

Bagi  tinggal di puasat pemindahan ni, terimalah seadanya.  Rasanya kerajaan dah buat sehabis baik untuk membantu. Tak tahulah kalau ada kerajaan yang boleh sedaikan hotel 2-3-4-5 bintang untuk mangas banji ni.  Gaknya kalau di Amerika mungkin cam tu kot...  Jadi kalau ada yang merungut itu dan ini pasal  bantuan tu, rasnya dia tu adalah golongan orang tak bersyukor namanya. Makan dan mnum rasnya dah disediakan. Kemungkinan utk lapar mungkin tak ada, tapi keselesaan seperti di rumah takdele... Terimalah seadanya, kalau  nasi tu hangit, atau gulai tu lodoh, atau ayam gorng tu hangus,.. kerana semuanya telah disediakan dan dihidangkan, mangsa banjir hanya perlau makan sahaja... dah ada orang yang sedaikan...


Untuk golongan yang ber"uang" ( berada ) mungkin sebelah mata pun tak pandang pusat pemindahan ni. Hotel. chalet. dan resort mungin jadi pilihan mereka. Ok le tu. mereka ber"uang", jadi bantuan kerajaan ni mungkin tak sesuai dengan status mereka. Jadi bagus juga kerana mereka tak menyesakkan lagi pusat pemindahan banjir ni. Kerenah orang kaya sebenarnya susah nak dilayan. Almaklumlah meraka tinggal didalam air cond, mandi air panas, makan berhidang, dsb. Tak sesuai meraka tinggal di pusat pemindahan dewan ni...

Hari Jumaat ni, banyak masjid mengadakn solat hajat bagi menamatkan bencana ni.  Pak menteri berduyun-duyun datang mambantu dan  kerajaan berusaha sedaya upaya membantu, Harapnya semua dapat bersyukur dan berterima kasih kepada pengantara keraajaan BN yang telah mendapat hidayat dari Allah utk membantu. Nak harapkan DAP, PKR, PAS..... hahahahah  tak ramai cina yang duduk di pusat pemidahan,  hahahaha tak ramai india jadi mangsa. Harapnya pengikut PKR dan PAS yang telah sesat tu... baliklah kepangkal jalan. Hanya kerajaan UMNO dan BN yang bertunjangkan Islam dan Melayu yang sentiasa besedia dalam  keadaan susah dan senang.

Hidup UMNO, hidup BN.  Melayu kan  gagah di Malaysia.